Selangkah untuk berdikari dan terus berjaya...

Pusat Rehabilitasi PERKESO menyediakan program rehabilitasi vokasional sebagai modul penting untuk membawa individu kelainan upaya supaya terus berdikari dan kembali mendapatkan pekerjaan.

Setiap modul latihan kemahiran yang dirangka adalah kompeten dan bersesuaian dengan keadaan pesakit yang masih dalam proses rawatan selepas mengalami kecederaan dan kelainan upaya kerana kemalangan industri.

Pusat Rehabilitasi PERKESO juga menyediakan langkah yang realistik demi membawa para pesakit untuk lebih berdikari dan kembali ke alam pekerjaan. Antara bidang utama yang ditawarkan di bahagian pemulihan secara vokasional adalah:

  1. Latihan kemahiran Insaniah, Motivasi dan Bahasa
  2. Latihan Kemahiran Elektrik dan Elektronik
  3. Latikan Kemahiran Rekabentuk
  4. Latihan Kemahiran Jahitan
  5. Latihan Kemahiran Hospitaliti

Pusat Rehabilitasi PERKESO bakal menjadi peneraju dalam melahirkan pelatih yang berkualiti dan setaraf dengan pelatih normal. Justeru, usaha murni untuk membawa para pesakit kealam pekerjaan dilihat lebih jelas apabila Pusat Rehabilitasi PERKESO dijadikan sebagai pusat bertauliah bagi penganugerahan sijil kemahiran kepada pelatih separa OKU atau OKU dan seterusnya diterima bekerja sebagai pekerja berkemahiran dan terlatih.