Terapi Alaf Baru

 

 

 

Lokomat®Pro akan membantu pesakit yang tidak boleh berjalan disebabkan strok, kecederaan tulang belakang tidak lengkap dan penyakit berkaitan neurologikal. Pesakit akan dibantu dan diberi panduan ketika berjalan di atas treadmill yang menawarkan pelbagai peringkat latihan. Malah, ia hanya memerlukan seorang pembantu terapi untuk menyelaras parameter latihan bagi memenuhi keperluan individu.

Mesin ini mengatasi beberapa cabaran terapi biasa. Latihan biasa secara manual memerlukan bantuan staf profesional dan sangat memerlukan tenaga. Melalui kaedah lama, hanya sesi yang singkat boleh dilakukan yang mana ini akan menghadkan keberkesanan latihan itu.

Sebaliknya Lokomat®Pro, sangat intensif dan merupakan terapi gerak alih (locomotion) psikologikal yang mesra pengguna. Dengan pembantu robotik dan penyokong berat badan yang mampu menahan bebanan pesakit obesiti, ia digabungkan dengan treadmill untuk menghasilkan operasi automatik membolehkan pesakit meraih kemajuan dalam tempoh yang lebih singkat.