Pemulihan awal dengan Mobilisasi Robotik

Jika peralatan konvensional menyebabkan badan pesakit menjadi sakit kerana memerlukan tenaga lebih daripada fisioterapi, kini tidak lagi dengan bantuan mesin robotik. Teknik mengangkat pesakit dengan betul adalah amat penting agar dapat mengelakkan kecederaan anggota pesakit. Untuk membantu pesakit yang terbaring menukar posisi dalam keadaan menegak merupakan cabaran bagi ahli terapi dan juga penjaga dalam membantu pesakit bergerak.

Erigo® membantu melatih pesakit yang lumpuh separuh badan bermula dari pinggang ke bawah untuk bergerak secara intensif dan selamat. Ia menggabungkan terapi pergerakan robotik dalam posisi menegak di awal pemulihan. Terapi dengan Erigo® tidak hanya menunjukkan kesan positif terhadap kesedaran pesakit. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan komplikasi yang dikaitkan dengan kurangnya pergerakan anggota yang lumpuh. Oleh itu, Erigo® menyokong pemulihan dan terapi yang lebih cepat serta efektif.