Terapi yang tidak menyakitkan serta tidak membosankan !

Sebelum ini, ramai pesakit strok sukar untuk menggerakkan semula fungsi lengan mereka kerana otot lemah dan sukar melawan graviti.

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, Armeo®Spring digunakan untuk pesakit yang mengalami lumpuh di bahagian atas iaitu lengan. Armeo akan meneutralkan berat anggota, membenarkan pesakit menggunakan kawalan tangan di kedua-dua lengan dan tapak tangan. Seterusnya pesakit akan menggerakkan tombol dan mengikut arahan permainan menggunakan simulasi 3D dalam aktiviti harian.

Melalui pemerhatian, arahan dan gambar yang terdapat pada skrin, ia akan menghantar isyarat pada otak bagi meneruskan pergerakan seterusnya, iaitu menggerakkan tangan. Melalui mesin ini, pesakit mempunyai inisiatif sendiri untuk menggerakkan tombol bagi menjayakan permainan yang sedang mereka ikuti. Secara tidak langsung ia menjadi motivasi kepada mereka untuk terus menjalani latihan.

 

 

Konsep Terapi Armeo®Spring menggabungkan tiga ciri utama di dalam satu perisian

1. Sokongan pemberat di bahagian lengan
Sokongan lengan boleh laras merangkumi seluruh lengan dari bahu ke tangan, mengimbangi berat lengan pesakit, meningkatkan fungsi kawalan saraf dan membantu pergerakan aktif didalam permainan stimulasi 3D.

2. Diperkukuhkan dengan maklumbalas prestasi
Perisian mempunyai koleksi permainan untuk menyokong latihan pergerakan melalui  latihan permainan stimulasi 3D yang dapat memotivasikan dan padat dengan maklumat. Malah, ia juga  jelas mempamerkan fungsi tugas bersama-sama dengan memberi maklum balas prestasi dengan segera.

3.Mempunyai kaedah penilaian yang tersendiri
Bagi mempromosikan terapi yang optimum serta melahirkan hasil yang terbaik, setiap pergerakan aktif lengan  pada setiap sendi akan di rekod dan disimpan didalam komputer. Setiap data prestasi akan dinilai dan dibandingkan dengan setiap sesi terapi untuk melihat perkembangan pesakit dan menentukan cabaran yang sesuai pada sesi yang berikutnya. Terdapat lebih 30 jenis permainan berlesen yang dipasang pada Armeo®Spring.