Rehabilitasi Penglihatan Untuk Kehidupan...

Pusat Rehabilitasi PERKESO menyediakan perkhidmatan rehabilitasi penglihatan melalui servis Optometri yang mengutamakan kesihatan mata. Unit Optometri bertanggungjawab untuk mengendali kes yang berkaitan dengan masalah mata di samping menjalankan rehabilitasi untuk membantu Orang Berinsurans PERKESO atau Pekerja untuk pulih dan lebih berdikari.

Kini, Unit Optometri Pusat Rehabilitasi PERKESO mempunyai Klinik Penglihatan Terhad yang bertujuan untuk membantu individu yang bermasalah penglihatan disebabkan kemalangan di tempat kerja agar kembali berpeluang menjalani kehidupan seperti biasa dan seterusnya bekerja semula.

Unit Optometri juga adalah unit yang penting dalam penubuhan Kumpulan Rehabilitasi Penglihatan (Visual Rehab Team) yang terdiri daripada Pegawai Optometri, Pegawai Jurupulih Cara Kerja dan Pegawai Vokasional untuk memperkuatkan lagi perkhidmatan yang sedia ada bagi membantu pesakit untuk pulih, berdikari dan kembali ke alam pekerjaan.