Keselesaan anda keutamaan kami...

Keselesaan bilik kami pastinya memberi peluang untuk anda berehat di penghujung hari. Setiap bilik telah direka khas untuk keselesaan dan memudahkan penggunaan kerusi roda.

Konsep bilik di Pusat Rehabilitasi PERKESO mempunyai ciri-ciri keselamatan malah sikap ketidakbergantungan dapat diwujudkan. Kesemua bilik dilengkapi dengan dua katil bujang. Setiap katil mempunyai ketinggian yang lebih rendah membolehkan kaki terus memijak lantai.  Selain itu, kedudukan tingkap, suis lampu dan kipas dalam ketinggian yang lebih rendah supaya mudah dicapai.

Oleh kerana bilik air sentiasa lembap dan basah, pilihan kemasan lantai yang digunakan ialah jubin kesat untuk mengelakkan daripada terjatuh akibat licin. Antara ciri lain ialah seperti pintu tandas yang cukup luas untuk membolehkan penggunaan kerusi roda didalam tandas. Kawasan bawah sinki yang luas serta berkeadaan terbuka untuk memuatkan kerusi roda. Ketinggian mangkuk tandas juga lebih rendah dan dipasang berdekatan dengan palang susur tangan yang cukup kukuh dan kuat untuk menampung beban apabila berpaut padanya.

Kemudahan WI-FI internet adalah percuma di seluruh kawasan Pusat Rehabilitasi dan anda boleh terus berhubung.