Terapi Yang Mentransformasikan Kehidupan Anda...

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, kaedah pemulihan akan bergantung kepada penemuan dari penilaian yang dibuat. Ia adalah untuk memastikan tahap ketidakupayaan pesakit semasa serta tahap keupayaan pesakit sebelum berpenyakit.

Penilaian yang menyeluruh pada hari pertama penilaian berdasarkan model biopsikososial yang menitikberatkan faktor kefungsian fizikal, tahap mobilisasi, fisiologikal, psikologikal dan persekitaran termasuk mengenalpasti keperluan pesakit untuk kembali bekerja. Jurupulih Anggota kami akan merancang rawatan yang realistik bagi pesakit, menetapkan jangkaan tempoh pemulihan dan keperluan pesakit dengan mempertimbangkan pekerjaan asal, termasuk tempoh masa, keupayaan fizikal, mental, faktor ergonomik, risiko dan pengubahsuaian pekerjaan atau persekitaran yang sesuai.

 

Pasukan Jurupulih anggota kami akan membantu anda melalui:

  • Manipulasi – Teknik halaju tinggi mengembalikan pergerakan normal.
  • Mobilisasi - Pergerakan untuk mengurangkan kekejangan dan melegakan kesakitan.
  • Pengendalian teknik manual dengan penekanan untuk latihan fungsi.
  • Senaman Rehabilitasi: Program senaman dan regangan untuk melancarkan pergerakan dan menguatkan otot yang lemah
  • Terapi menggunakan Alatan Magnetik: Pelbagai teknik yang digunakan termasuklah Ultrasound dan Electrotherapy.
  • Melegakan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • Kaunseling dan pembelajaran kepada pesakit.

 

Kelengkapan

Bagi memberikan perkhidmatan fisioterapi yang terbaik, Pusat Rehabilitasi PERKESO menyediakan kelengkapan seperti:

  • Peralatan robotik bagi fungsi kaki dan tangan menggunakan Lokomat® Pro dan Armeo® Spring.
  • Erigo® yang merupakan peralatan mobilisasi peringkat awal sebagai latihan berdiri bagi pesakit yang tidak boleh berdiri.
  • Biodex-Isokinetic dan Mule yang digunakan untuk menganalisa dan menguatkan fungsi otot dan fizikal sebelum pesakit ditempatkan sepenuhnya bagi penilaian pra-pekerjaan.
  • Vicon dan HP Cosmos yang digunakan bagi menganalisa pergerakan berjalan pesakit.