Pada 12-14 Julai 2016, Pusat Rehabilitasi PERKESO telah menjadi tuan rumah bagi sebuah bengkel akademi yang dikenali sebagai International Social Security Association (ISSA) Academy Workshop on Prevention of Occupational Risks. Program selama tiga hari tersebut telah disertai oleh peserta yang hadir daripada pelbagai negara seperti Switzerland, Jerman, Kuwait, Singapura, Vietnam dan wakil dari PERKESO, Malaysia. Di samping mengadakan perbincangan sebagai modul utama, delegasi peserta bengkel juga telah mengadakan lawatan dan melihat sendiri bagaimana program rehabilitasi perubatan dan vokasional dijalankan di Pusat Rehabilitasi PERKESO.