Pada 14 hingga 16 Mac 2016, Pusat Rehabilitasi PERKESO telah menjadi tuan rumah bagi Program Pemilihan Atlet Paralimpik Majlis Sukan Negara. Sepanjang program tersebut, kebanyakan Orang Berinsurans (OB) yang menjalani rawatan rehabilitasi telah menghadiri sesi pemilihan tersebut di samping diberi pendedahan oleh Pegawai Sukan Majlis Sukan Negara dan Atlet Paralimpik Negara.

Antara sukan yang menjadi pilihan Majlis Sukan Negara pada sesi tersebut adalah Sukan Memanah, Ping Pong, Lawan Pedang dan Sukan Renang. Selain itu, program tersebut juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Hasihin Sanawi, Atlet Paralimpik Negara yang telah memenangi Pingat Perak Acara Memanah di Sukan Paralimpik London 2012.

Secara keseluruhan, program sepanjang tiga hari tersebut merupakan sesuatu yang  bermakna bagi warga Pusat Rehabilitasi PERKESO di samping memberi pendedahan terbaik berkenaan Sukan Paralimpik dan seterusnya mewujudkan budaya sihat dan cergas dalam Pusat Rehabilitasi PERKESO.

IMG-20160317-WA0005IMG 1153IMG 1166IMG 1161IMG 1187IMG 1189IMG 1169