Pada 12-14 Julai 2016, Pusat Rehabilitasi PERKESO telah menjadi tuan rumah bagi sebuah bengkel akademi yang dikenali sebagai International Social Security Association (ISSA) Academy Workshop on Prevention of Occupational Risks. Program selama tiga hari tersebut telah disertai oleh peserta yang hadir daripada pelbagai negara seperti Switzerland, Jerman, Kuwait, Singapura, Vietnam dan wakil dari PERKESO, Malaysia. Di samping mengadakan perbincangan sebagai modul utama, delegasi peserta bengkel juga telah mengadakan lawatan dan melihat sendiri bagaimana program rehabilitasi perubatan dan vokasional dijalankan di Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Menjelang hari raya...
Berakhirnya puasa...
Bergema takbir senja...
Menyambut syawal tiba...

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin 

Semoga lebaran kali ini dirai dengan penuh syukur dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Ikhlas daripada kami di Pusat Rehabilitasi PERKESO, Ayer Keroh Melaka

 

Nantikan MYDIMA Run & Roll yang akan diadakan di Pusat Rehabilitasi PERKESO, Melaka 

Sila layari pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut :

https://mro.myraceonline.com/myd16/registrations

 

mydima-2-min

Pada 14 hingga 16 Mac 2016, Pusat Rehabilitasi PERKESO telah menjadi tuan rumah bagi Program Pemilihan Atlet Paralimpik Majlis Sukan Negara. Sepanjang program tersebut, kebanyakan Orang Berinsurans (OB) yang menjalani rawatan rehabilitasi telah menghadiri sesi pemilihan tersebut di samping diberi pendedahan oleh Pegawai Sukan Majlis Sukan Negara dan Atlet Paralimpik Negara.

Antara sukan yang menjadi pilihan Majlis Sukan Negara pada sesi tersebut adalah Sukan Memanah, Ping Pong, Lawan Pedang dan Sukan Renang. Selain itu, program tersebut juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Hasihin Sanawi, Atlet Paralimpik Negara yang telah memenangi Pingat Perak Acara Memanah di Sukan Paralimpik London 2012.

Secara keseluruhan, program sepanjang tiga hari tersebut merupakan sesuatu yang  bermakna bagi warga Pusat Rehabilitasi PERKESO di samping memberi pendedahan terbaik berkenaan Sukan Paralimpik dan seterusnya mewujudkan budaya sihat dan cergas dalam Pusat Rehabilitasi PERKESO.

IMG-20160317-WA0005IMG 1153IMG 1166IMG 1161IMG 1187IMG 1189IMG 1169