IMG 740715

IMG 74071

1 Oktober 2014 telah menjadi hari yang cukup bersejarah buat PERKESO apabila pintu Rehab telah dibuka kepada pencarum PERKESO dan sekaligus menyambut ketibaan pesakit pertama di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Semangat serta usaha yang gigih daripada PERKESO dan warga Rehab untuk memberi yang terbaik kepada para pesakit akhirnya dapat terlaksana apabila Pusat Rehabilitasi PERKESO didatangi 16 orang pesakit yang juga Orang Berinsurans (OB) dari seluruh Malaysia.

ed1

Pusat Rehabilitasi PERKESO telah menerima kunjungan delegasi Bahagian Pelaburan dari Ibu Pejabat PERKESO.Delegasi tersebut telah disambut oleh warga Rehab. Kunjungan tersebut diteruskan dengan lawatan ke setiap blok yang terdapat di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Antaranya ialah Blok Pentadbiran, Rehabilitasi, Asrama dan Vokasional. Setiap delegasi didedahkan dengan pelbagai jenis, fungsi dan kepentingan setiap alatan yang terdapat dalam Pusat Rehabilitasi PERKESO. Para delegasi juga berpeluang untuk mencuba sendiri keupayaan alatan yang terdapat di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Selain itu, keterangan lengkap berkenaan konsep dan lanskap bangunan telah diberikan dengan terperinci kepada delegasi.

Akhir sekali, lawatan ini diharapkan dapat memberi makna yang berharga kepada para delegasi sekaligus membina ikatan kukuh antara Bahagian Pelaburan PERKESO dan Pusat Rehabilitasi PERKESO.

 

Bendera

Tanggal 12 Ogos 2014, Sejarah telah tercipta apabila bendera PERKESO telah dikibarkan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. PERKESO telah mengibarkan benderanya di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya yang merupakan model bandar teknologi hijau yang pertama di Melaka yang memperlihatkan kewujudan sebuah perbandaran baru yang sihat.
Berkibarnya bendera ini membuktikan, Pusat Rehabilitasi PERKESO ini telah bersiap sedia untuk menempuh perjalanannya serta mencipta sejarah bersama PERKESO.

 

Pusat Rehabilitasi PERKESO merupakan produk PERKESO yang cukup bernilai dalam menzahirkan niat murni PERKESO dalam usaha mengembalikan semula kehidupan Orang Berinsurans yang mengalami kekurangan dari segi fizikal. Usaha selama 6 tahun yang bermula dari tahun 2008 hingga  kini telah membuahkan hasil apabila Majlis Penyerahan Kunci telah berlangsung pada 1 Ogos 2014. Sesi penyerahan kunci tersebut telah disaksikan sendiri oleh Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk K.Selvarajah.

Majlis serahan kunci tersebut telah menjadi penanda aras bermulanya proses persiapan  bagi menerima pesakit pertama yang akan dirawat di Pusat Rehabilitasi PERKESO pada 1 Oktober 2014. Persiapan dalam menerima pesakit pertama telah dilakukan dengan rapi dan alatan yang akan digunakan untuk setiap sesi rawatan juga dapat dijamin kegunaannya untuk sesi rawatan. 

9 11128