Sebelum melangkah ke tahun baru 2015, Pusat Rehabilitasi PERKESO  telah menerima kunjungan dari delegasi Pejabat PERKESO Teluk Intan dan Tapah. Lawatan tersebut telah menjadi aktiviti penutup yang bermakna sepanjang tahun 2014 di Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Pada 30 Disember 2014, delegasi yang hadir telah berpengalaman melawat setiap bangunan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Pengalaman itu ditambah lagi dengan penerangan berkenaan konsep dan setiap perkhidmatan rehabilitasi yang dijalankan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Setiap ahli delegasi yang hadir telah melihat sendiri setiap modul yang digunakan di setiap unit seperti Fisioterapi, Vokasional, Audiologi, Optometri, Terapi Carakerja, Wad dan Asrama Penginapan yang menempatkan Orang Berinsurans. Akhir sekali, pengalaman tersebut diharapkan dapat memberikan pengalaman baru kepada setiap delegasi yang hadir dan sekaligus membuka ruang untuk mengenali Pusat Rehabilitasi PERKESO dengan lebih dekat.

 IMG 9456dv

IMG 9456a

IMG 9456d

IMG 9456c

IMG 9456b

IMG 94561

Dalam merealisasikan impian PERKESO untuk melihat sendiri Pusat Rehabilitasi PERKESO membangun dan menjadi sebuah pusat rehabilitasi yang ulung, sebuah laman Facebook rasmi Pusat Rehabilitasi PERKESO telah diwujudkan.

Orang ramai dijemput untuk“like” dan melihat sendiri pelbagai aktiviti menarik yang berlaku di Pusat Rehabilitasi PERKESO dan turut sama berkongsi gambar serta idea yang positif di laman Facebook kami. Jom LIKE! https://www.facebook.com/rehabperkeso

LIKE2

 

fb1

sticker-fbY

Kebakaran di Pusat Rehab telah dicatatkan dalam dua bulan pertama tahun ini. Kebakaran tersebut tercetus daripada salah satu demostrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba & Penyelamat Negeri Melaka di sekitar kawasan Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Perkongsian maklumat tersebut memberi kesedaran kepada semua tentang peranan  dan tanggungjawab untuk melindungi diri sendiri serta orang lain semasa kes kebakaran berlaku. Antara pengisian program tersebut ialah cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan betul, dan ceramah mengenai keselamatan diri dan operasi menyelamat .

Program ini memberi impak yang positif dalam diri  kerana ia meningkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak   dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan  hingga keadaan diisytihar selamat. 

ad

ac

ae

ab

a6

 

a2

Rutin harian para pesakit yang menjalani rawatan di Pusat Rehab sedikit berbeza dengan kehadiran Datuk K.Selvarajah, Datuk Ketua Eksekutif PERKESO pada 16 Oktober 2014. Kehadiran penuh bermakna tersebut telah  disambut dengan senyuman oleh para anggota dan pesakit yang sedang menjalani rawatan pemulihan. Lawatan tersebut telah memperlihatkan keprihatinan Datuk K.Selvarajah terhadap keadaan Orang Berinsurans yang telah hadir ke Pusat Rehab dengan pelbagai keadaan kesihatan dan kekurangan fizikal yang  berbeza.

a1

 

a3

Dalam lawatan tersebut, Datuk K.Selvarajah telah melawat sendiri Orang Berinsurans yang sedang menjalani rawatan pemulihan di bahagian Fisioterapi, Terapi Cara Kerja dan juga Wad.

Akhir sekali, lawatan prihatin Datuk KE ini dilihat sungguh bermakna dan sekaligus menjadi pemangkin dalam mewujudkan semangat baru kepada pesakit yang juga Orang Berinsurans PERKESO.

Idea asal penubuhan Pusat Rehabilitasi PERKESO bukan sahaja tertumpu pada Pemulihan Jasmani, malah ianya juga menyentuh kepada aspek rohani. Para pesakit yang telah tiba untuk mendapatkan rawatan pemulihan telah dirai secara sederhana dalam Majlis sambutan Hari Raya Aidiladha bersama dengan staf yang bertugas dan ahli keluarga pada pagi hari raya tersebut. Pusat Rehabilitasi PERKESO yang beroperasi selama 24 jam di Bahagian Wad dilihat cukup meriah dan ceria dengan sambutan majlis Hari Raya Aidiladha tersebut sekaligus mewujudkan perintegrasian sosial antara staf dan Orang Berinsurans (OB) yang datang dari seluruh Malaysia.

 

4

 

3