Pada 11 Jun 2015, seramai 19 orang delegasi dari Ministry of Manpower (Kementerian Sumber Manusia), Singapura telah berkunjung ke Pusat Rehabilitasi PERKESO. Delegasi yang diketuai oleh Mr. Hawazi Daipi, Ketua Setiausaha Parlimen Ministry of Manpower, Singapura telah hadir bagi melihat sendiri setiap sistem rawatan rehabilitasi yang dijalankan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Selain itu, ketibaan delegasi pada jam 11.30 pagi juga telah disambut oleh Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Dr. Mohammed Azman Bin Aziz Mohammed, Ahli Lembaga PERKESO, Dr. Micheal Chaim, Timbalan Pengarah Klinikal Pusat Rehabilitasi PERKESO, Dr Hafez Hussain dan Timbalan Pengarah Pengurusan Pusat Rehabilitasi PERKESO, Encik Edmund Cheong serta Pengurus Cawangan Return to Work, En. Roshaimi Bin Rosely

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi telah disambut dengan kata-kata aluan oleh Ketua Eksekutif PERKESO dan seterusnya dibawa melawat ke bahagian Rehabilitasi Perubatan, Asrama dan Blok Vokasional.

Akhir sekali, sebuah sesi perbincangan antara delegasi dan wakil dari Pusat Rehabilitasi PERKESO serta Cawangan Return to Work telah diadakan sebelum delegasi teebut pulang ke Singapura. Selain itu, diharapkan agar sesi lawatan tersebut dapat memberikan ilmu yang bermakna kepada delegasi di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.

my5

 

my4

 

my3 

my2

 

 

Pada 24 April 2015, seramai hampir 20 orang delegasi dari Pejabat PERKESO sekitar Negeri Kedah dan Perlis telah tiba di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Delegasi yang hadir telah diberi penerangan dan pendedahan berkenaan konsep serta perkhidmatan rehabilitasi yang dijalankan. Selain itu, delegasi juga telah melihat sendiri bagaimana Orang Berinsurans mendapatkan rawatan di setiap jabatan berbeza seperti Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Terapi Sensori dan juga pembelajaran vokasional.

Akhir sekali, Pusat Rehabilitasi PERKESO berterima kasih atas kesudian delegasi yang hadir dan merakam kenangan bersama anggota dan juga Orang Berinsurans yang sedang menjalani rawatan.

u1

u2

u3

u4

u5

 

Pada 23 April 2015, Delegasi bahagian klinikal yang diketuai oleh Prof. Dr Mazlina dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah hadir mengadakan perbincangan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Delegasi yang hadir telah melihat setiap perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Rehabilitasi PERKESO dan proses rawatan rehabilitasi yang dijalani oleh Orang Berinsurans PERKESO termasuk rawatan rehabilitasi yang dijalankan di Unit Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Terapi Sensori dan Vokasional..IMG 1237cIMG 1243c

IMG 1234c

Pada 7 April 2015, seramai 27 orang pegawai perubatan dan kakitangan Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya telah hadir ke Pusat Rehabilitasi PERKESO. Objektif utama lawatan tersebut adalah untuk mengadakan perbincangan kerjasama antara pihak hospital dan Pusat Rehabilitasi PERKESO. Perbincangan tersebut bertujuan untuk mengenalpasti dan membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan proses rehabilitasi yang dijalani pesakit di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Selain itu, lawatan tersebut juga telah memberi ruang kepada delegasi bagi melihat sendiri peranan setiap jabatan dan peralatan yang digunakan dalam memastikan proses rehabilitasi dijalankan dengan komprehensif.

3

4

 

2

6

 

Pergi ke Melaka terjumpa Nyonya,

Manisya Nyonya dengan kebaya,

Tahun 2015 sudah dibuka tirainya,

Semoga lebih cemerlang dan berjaya.

 

Selamat Tahun Baru 2015 !

Ikhlas dari Warga Pusat Rehabilitasi PERKESO.

new-year-myperkeso-1