Pusat Rehabilitasi PERKESO merupakan sebuah projek yang telah bermula sejak tahun 2008 lagi dan setelah bertahun dalam proses perancangan dan pembinaan, akhirnya Pusat Rehabilitasi PERKESO ini semakin nyata. Pusat Rehabilitasi ini dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu orang berinsurans PERKESO ataupun pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional dan akhirnya kembali ke alam pekerjaan.

Pusat Rehabilitasi PERKESO menyediakan program pemulihan yang efektif kepada Pencarum PERKESO dan Pesakit luar yang mengalami kekurangan daya fizikal atau kehilangan upaya. Pusat Rehabilitasi PERKESO menjadi peneraju utama kepada program pemulihan perubatan yang melibatkan Fisioterapi, Terapi Carakerja, Terapi Hidro, Terapi Pertuturan, dan Latihan Pemulihan secara Vokasional dengan tujuan mengembalikan semula pesakit ke alam pekerjaan.

Sebagai sebuah Pusat Rehabilitasi yang bertaraf antarabangsa, kami mempunyai tanggungjawab dan sangat komited dalam usaha mengembalikan kehidupan melalui program pemulihan yang komprehensif.

60164124862-1403157720