Hijau...
Pusat Rehabilitasi PERKESO memiliki elemen semulajadi dan bercirikan teknologi binaan mesra alam semula jadi yang penuh dengan kehijauan. Pembinaan pusat ini menggabungkan bukan sahaja perancangan seni bina dan reka bentuk, malah dilengkapkan juga dengan peralatan dan teknologi maklumat yang berkualiti tinggi.
Konsep Bangunan Hijau yang terdapat di Pusat Rehabilitasi PERKESO
- Penggunaan cermin tingkap yang dapat mengurangkan penyerapan haba. Cermin yang dipasang adalah bercirikan 40% penyerapan haba dan yang selebihnya 60% haba akan dilepaskan.
- Penyediaan sistem takungan air (water catchment) yang menyalurkan air hujan melalui saluran daripada bumbung ke tangki air bawah tanah (Underground water reservoir).
- Penggunaan panel solar untuk penyalaan lampu jalan utama dan persekitaran Pusat Rehabilitasi PERKESO.
- Sistem Aircond yang diselaraskan (centralised aircond) dan mengamalkan penggunaan gas R134A yang bebas dari chlorofluorocarbon (free CFC ).
- Penggunaan lampu jenis T5 dan berkonsepkan LED. Sebanyak 30% penjimatan elektrik dapat dilakukan berbanding penggunaan lampu biasa.
- Memiliki elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam dan di luar bangunan.