Print

Ke Arah Mencapai Kualiti Kerja Yang Optimum

Terapi Carakerja merupakan salah satu rawatan pemulihan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Pilihan rawatan ini akan diselia oleh Jurupulih Carakerja yang mahir dalam menilai kebolehan pesakit untuk melaksanakan aktiviti harian terutamanya dengan tujuan kembali bekerja serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menganalisa tugasan kerja yang sesuai. Jurupulih Carakerja kami juga berkebolehan dalam mengukur faktor persekitaran yang memberi kesan terhadap prestasi kerja.

Pelan penjagaan juga akan meliputi latihan dalam pengurusan aktiviti harian (Aktiviti Kehidupan Seharian/Activities Of Daily Living) dan juga kemahiran bekerja agar lebih berdikari, produktif dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Pasukan Jurupulih carakerja kami akan membantu anda:

Kelengkapan

Pusat Rehabilitasi PERKESO menggunakan teknologi yang terbaik dan peralatan yang tercanggih. Kami telah menyediakan kelengkapan untuk penilaian menyeluruh menggunakan FCE (Functional Capacity Evaluation), BTE PrimusRS™, BTE Primus EvalTech™ bagi menilai dan mengukur kemampuan fizikal individu melakukan aktiviti kerja yang berkaitan dengan kerja sebenar sebelum kecederaan.

Selain daripada itu kami juga menyediakan penilaian untuk simulasi memandu (Driving Stimulator), pelbagai pemulihan kognitif seperti VTS (Vienna Technology System™) dan CogniPlus