senyum

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, kami mengutamakan perkhidmatan yang terbaik dan berorientasikan pelanggan.

 

teknologi

Sebagai sebuah Pusat Rehabilitasi yang bertaraf antarabangsa, kami mempunyai tanggungjawab dan sangat komited dalam usaha mengembalikan kehidupan melalui program pemulihan yang komprehensif. Antara modul rehabilitasi yang ditawarkan di Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Optometri, Audiologi, Vokasional dan kemudahan lain yang melibatkan Penginapan Wad dan Hostel.

hijau

Pusat Rehabilitasi PERKESO memiliki elemen semulajadi dan bercirikan teknologi binaan mesra alam semula jadi yang penuh dengan kehijauan. Pembinaan pusat ini menggabungkan bukan sahaja perancangan seni bina dan reka bentuk, malah dilengkapkan juga dengan peralatan dan teknologi maklumat yang berkualiti tinggi.