Perkhidmatan yang menanti anda…

Sebagai sebuah Pusat Rehabilitasi yang bertaraf antarabangsa, kami mempunyai tanggungjawab dan sangat komited dalam usaha mengembalikan kehidupan melalui program pemulihan yang komprehensif. Antara modul rehabilitasi yang ditawarkan di Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Optometri, Audiologi, Vokasional dan kemudahan lain yang melibatkan Penginapan Wad dan Hostel.

Dengan membawa konsep penginapan bertaraf hotel, Pusat rehabilitasi PERKESO pastinya menyediakan kemudahan istimewa dan lengkap kepada para pesakit yang tiba bagi menjalani rawatan pemulihan. Pusat Rehabilitasi PERKESO mempunyai 2 blok asrama yang mempunyai 150 buah bilik yang memberi kemudahan lengkap kepada pesakit dan penjaga. Setiap yang hadir juga bakal mendapat layanan yang terbaik dari setiap anggota pegawai khidmat pelanggan untuk mempermudah rutin harian bagi menjalani rawatan. Kelengkapan yang disediakan pastinya dapat memberikan keselesaan serta fokus kepada pesakit untuk menjalani rawatan pemulihan.

Para pesakit yang hadir dengan keadaan kesihatan yang pelbagai juga akan diberikan kemudahan wad disamping dibekalkan rutin pemakanan yang diselia khas mengikut keperluan diet pesakit oleh Ahli Dietetik.

Sebagai sebuah Pusat Rehabilitasi yang bertaraf antarabangsa, segala fasiliti dan kemudahan yang disediakan pastinya dapat membantu serta memberi impak positif kepada program pemulihan yang dirangka disamping mewujudkan semangat baru kepada para pesakit.