1.       Siapakah yang layak mendapat rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO?

       Semua Orang Berinsurans PERKESO yang pernah membuat tuntutan faedah di bawah Skim Faedah

       PERKESO (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan).

2.       Bagaimanakah cara untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO?

      Sekiranya anda pernah membuat tuntutan faedah di PERKESO, anda hanya perlu pergi ke Pejabat

      PERKESO yang berdekatan dan kemukakan nama serta nombor kad pengenalan bagi

      pemeriksaan status kelayakan dan kemudian Pejabat PERKESO berkenaan akan menguruskan

      rujukan kes ke Pusat Rehabilitasi PERKESO

3.       Siapakah yang harus dihubungi untuk berdaftar masuk ke Pusat Rehabilitasi PERKESO? 

      Anda boleh hubungi Pejabat PERKESO yang berhampiran bagi mengetahui status kelayakan

        Kelayakan bermaksud cukup caruman dengan PERKESO dan pernah membuat tuntutan faedah

      di PERKESO atau tidak. Sekiranya pernah membuat tuntutan faedah di PERKESO, anda perlu

      memohon di Pejabat PERKESO berhampiran untuk membuat rujukan kes ke Pusat Rehabilitasi PERKESO.

4.       Adakah sebarang elaun disediakan di Pusat Rehabilitasi PERKESO untuk Klien?

      Pihak Pusat Rehabilitasi PERKESO tidak menyediakan sebarang elaun untuk klien yang sedang menjalani

      rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Namun, semua kemudahan seperti wad, asrama dan makanan yang

      disediakan sepanjang klien menerima rawatan adalah percuma.

5.       Berapakan bayaran yang harus dibayar bila mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO?

     Tiada bayaran yang dikenakan kepada Pencarum PERKESO bagi pendaftaran dan  rawatan yang dijalani di

     Pusat Rehabilitasi PERKESO. Namun keperluan asas seperti barangan mandian dan sebagainya perlu

     disediakan sendiri oleh klien.

6.       Apakah kemudahan yang ada di Pusat Rehabilitasi PERKESO?

      Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, kami menyediakan rawatan rehabilitasi yang intensif  seperti Fisioterapi,

     Terapi Cara Kerja, Audiologi, Optometri, Terapi Pertuturan, Psikologi Klinikal dan Rehabilitasi secara

     vokasional. Selain itu, kami juga menyediakan kemudahan penginapan seperti bilik wad dan asrama

     beserta makanan secara percuma kepada klien yang sedang menjalani rawatan.

7.       Apakah maksud rehabilitasi?

     Rehabilitasi bermaksud rawatan pemulihan yang diberikan kepada individu yang mengalami hilang upaya

     akibat kemalangan atau penyakit bagi meningkatkan tahap keupayaan dan mengatasi masalah ketidak-

     upayaan mereka dengan rawatan yang tertentu seperti Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Audiologi, Optometri,

     Terapi Pertuturan, Psikologi Klinikal dan Rehabilitasi secara vokasional.

8.       Apakah waktu dan hari rawatan?

      Isnin  hingga Jumaat (8 pagi hingga 5 petang) 

      Sabtu (8 pagi hingga 5 petang)

9.       Tempoh rawatan yang diberikan?

      Setiap klien akan menjalani rawatan selama 6-7 jam sehari dan melibatkan pelbagai jenis disiplin.

      Selain itu, jangka waktu untuk setiap klien mendapatkan rawatan di Rehabilitasi PERKESO adalah

      bergantung pada keperluan kecederaan setiap klien.

10.   Apakah fungsi CM dan apakah maksudnya?

     CM (Case Manager) ialah Pengurus kes yang berperanan untuk mengkoordinasikan setiap kes

     klien yang menjalani rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO dengan mengetahui keperluan klien

     seperti menentukan pelan rehabilitasi dan alat pemulihan yang bersesuaian. Keperluan klien ini

     akan diperoleh selepas perbincangan di antara pengurus kes dengan kumpulan multidisiplin termasuk

     Pegawai Perubatan dan Pegawai Jurupulih. Pengurus Kes juga berperanan untuk menguruskan proses

     Return to Work atau kembali bekerja melalui perbincangan lanjut dengan pihak luar seperti Pengurus

     Kes di Pejabat PERKESO, Pegawai Perubatan yang merawat di hospital, Majikan dan lain-lain.

11.  Apakah jenis kecederaan yang akan dirawat di Pusat Rehabilitasi PERKESO?

     Kriteria utama untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah stabil

    dari segi keadaan kesihatan namun memerlukan rawatan rehabilitasi fizikal dan vokasional.

     Antara kecederaan yang dirawat di Pusat Rehabilitasi PERKESO adalah seperti berikut :

               

12.   Adakah PERKESO menyediakan pekerjaan selepas tamat rehab?

     PERKESO tidak menyediakan pekerjaan selepas tamat rawatan di Pusat Rehabilitasi

     PERKESO namun PERKESO akan membantu klien dalam pencarian pekerjaan dengan

     menghubungi majikan yang sesuai dan bersedia untuk mengambil klien bekerja.